Roselle Biotea Plus Stevia





Nama produk : ROSELLE BIOTEA PLUS STEVIA
Kod Produk : TRS011
Berat : 2g x 30 uncang
Harga : RM59.90

Roselle Biotea Plus stevia merupakan satu lagi revolusi baru di dalam produk diet di mana formula yang ditemui begitu effektif di dalam mengatasi masalah kegemukan disamping rasanya yang enak. Teh rosella dengan campuran daun Stevia kaya dengan antioksidan, mineral, dan serat. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kesan buruk akibat tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan kulit pengguna.

Stevia adalah tumbuhan yang menakjubkan, kaya dengan khasiat dan tinggi nilainya. Ini kerana ia mengandungi Stevioside dan Rebaudioside yang menjadikannya pemanis tanpa kalori yang sihat. Ekstrak Stevia terbukti 200-300 kali lebih manis daripada gula biasa. Ini menjadikannya alternatif yang bijak untuk menggantikan gula!

  • ·         Sebagai pemanis semulajadi
  • ·         Untuk diabetis
  • ·         Untuk tekanan darah tinggi
  • ·         Untuk pencegahan caviti
  • ·         Menurunkan berat badan
  • ·         Mencegah keradangan,
  • ·         Antibakteria,
  • ·         Anti-fungi
  • ·         anti-mikrob,
  • ·         anti-virus,
  • ·         anti-yis,
  • ·         Kardiotonik,
  • ·         Diuretik,
  • ·         hypoglycemic
  • ·         Vasodilator
  • ·         Penyembuh luka
  • ·         Manis rasanya tapi tiada kalori.



PEMANIS SEMULAJADI
Rebaudioside A dan stevioside adalah glikosida steviol yang diekstrak dari tanaman Stevia rebaudiana Bertoni,  digunakan sebagai perasa semulajadi atau supplement. Sebatian ini adalah 250 kali lebih manis dari sukrosa, tanpa kalori dan tidak menyebabkan karies. Stevioside,  glikosida semulajadi tumbuhan yang diperolehi dari pokok Stevia rebaudiana, telah dikomersilkan sebagai pemanis tanpa kalori di Jepun selama lebih dari 20 tahun.

HYPOGLYCEMIA DAN DIABETES 
Di Paraguay, Stevia dalam bentuk teh telah digunakan   untuk pesakit diabetis bagi mengurangkan kadar gula dalam darah. Ia juga turut digunakan untuk mengurangkan kelesuan fizikal dan emosional. Ia digunakan untuk    mengantikan sukrosa dalam minuman, jem dan manisan gula untuk merendahkan kalori yang diambil. Kajian menyatakan stevia sangat membantu pesakit hypoglycemia dan diabetes kerana ia memelihara pankreas dan membantu memelihara fungsi normalnya.
Merujuk kepada "Encyclopedia of Common Natural Ingredients used in Foods" - komponen yang terdapat dalam Stevia (stevioside) akan meningkatkan tindakan metabolisme insulin dan glukosa dan dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah Jenis 2 diabetis. Kajian dari Denmark (2000) menunjukkan bahawa tindakan stevioside dan steviol terhadap hypoglycemic in vitro adalah hasil tindakbalas terus pada sel beta yang seterusnya merangsang perembesan insulin. Keputusan kajian menunjukkan bahawa sebatian tersebut mungkin berpotensi sebagai agen antihyperglycemic dalam rawatan diabetis Jenis 2 “mellitus."

MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Laporan ”Preventive Medicine Research Institute (2009) dan ZhionHealth (2008)”, Stevia bertindak sebagai penawar yang dikenali sebagai vasodilators, iaitu ia melebarkan salur darah untuk menurunkan tekanan darah    sistolik dan diastolik, tanpa racun yang bertoksik atau kesan sampingan.
Pada tahun 2000, suatu kajian dibuat terhadap 106 lelaki dan wanita penghidap penyakit hipertensi. Enam puluh responden diberi kapsul mengandungi stevioside (250 mg) atau placebo setiap hari dengan kekerapan 3 kali dan diteruskan secara bulanan selama setahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolic dari kumpulan stevioside menurun secara mendadak dan kesannya bertahan  selama setahun. Penyelidik menyimpulkan, "kajian ini melihat peranan stevioside sebagai model yang sangat efektif yang boleh dianggap sebagai terapi alternatif untuk  pesakit hipertensi." 


MENYINGKIRKAN LEMAK

Andreas Moritz, penulis  "Timeless Secrets of Nutrition and Health 2007" artikel di laman web Natural News, menulis tentang Stevia iaitu sebagai pengganti kepada gula bagi pemanis dalam snek dengan sifar kalori dan pemanis bagi rawatan diabetes dan obesiti. Ia dapat mengurangkan rasa lapar, pengambilan lemak berkalori tinggi dan makanan ringan bernatrium tinggi.


ANTIBAKTERIA

Kemampuan Stevia menghalang pertumbuhan dan pembiakkan bakteria dari jangkitan organisma lain adalah penting. Hal ini menjelaskan mengapa pengguna produk Stevia dilaporkan kurang mengalami masalah selsema.  Penyelidikan dengan jelas menunjukkan bahawa Streptococcus mutans, Pseudomonas aeruginos, Proteus vulgaris dan lain-lain mikroorganisma tidak berkembang biak      dengan kehadiran Stevia. Dalam kajian lain, Stevia telah menunjukkan aktiviti antimikrob, antibakteria, antivirus, dan antiyis. Ekstraknya membantu masalah kaviti (gigi berlubang) dengan menghalang bakteria Streptococcus mutans yang meransang pembentukkan plak. Selain itu, di AS dikemukakan pada tahun 1993, bahawa ekstrak Stevia mempunyai kesan vasodilatory dan berkesan untuk pelbagai jenis penyakit kulit (jerawat, ruam, gatal-gatal) dan    penyakit yang disebabkan oleh peredaran darah yang kurang baik.


Jom Join Orga-V

Followers

Powered by Blogger.

ShoutMix chat widget